Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian IV · Kewangan
26S. Pelepasan kayu, dsb., yang disita
Feedback & supportWalau apa pun seksyen 26Q, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai penguat kuasa yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, jika difikirkannya patut, pada bila-bila masa mengarahkan supaya mana-mana kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dilepaskan kepada orang yang dari milikan, jagaan atau kawalannya kayu atau hasil penjualan kayu itu, atau mana-mana pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain itu disita.