Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian IV · Kewangan
26W. Kuasa tambahan
Feedback & supportSeseorang pegawai penguat kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada perbuatan yang berikut:
menghendaki pengemukaan rekod, akaun dan dokumen daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini dan meneliti, memeriksa dan membuat salinan mana-mana rekod, akaun dan dokumen itu;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini; atau
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)