Seksyen 68
Maklumat sulit perniagaan
of Akta Peranti Perubatan 2012
Seseorang yang membuat sesuatu permohonan atau memberikan apa-apa maklumat di bawah Akta ini boleh memohon kepada Pihak Berkuasa bagi kerahsiaan apa-apa maklumat tertentu yang berhubungan dengan permohonan atau pemberian maklumat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Pihak Berkuasa boleh membenarkan kerahsiaan berdasarkan kriteria di bawah subseksyen (3), dan jika kerahsiaan dibenarkan, maklumat itu tidak boleh didedahkan kepada umum.
(3)
Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan tuntutan bagi kerahsiaan mengikut kriteria yang berikut:
(a)
bahawa maklumat itu tidak diketahui secara umum di kalangan, atau tidak tersedia untuk diakses oleh, orang dalam kelompok yang lazimnya berurusan dengan jenis maklumat yang hendak dijadikan rahsia itu;
(b)
bahawa maklumat itu mempunyai nilai komersial;
(c)
bahawa langkah-langkah yang munasabah telah diambil untuk memastikan maklumat itu sulit; dan
(d)
bahawa penzahiran maklumat itu akan memudaratkan kedudukan persaingan orang itu dengan cara yang berlawanan dengan amalan komersial yang jujur.
(4)
Pihak Berkuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk membatalkan kerahsiaan yang dibenarkan keseluruhannya atau sebahagiannya demi kepentingan kesihatan awam.