Seksyen 76
Perisytiharan palsu
of Akta Peranti Perubatan 2012
Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar, tidak tepat atau mengelirukan mengenai apa-apa butiran melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang yang—
Peranti Perubatan 55
(a)
tanpa kuasa yang sah mengubah, memalsukan, mencacatkan atau merosakkan apa-apa pendaftaran, lesen atau permit; atau
(b)
menggunakan apa-apa pendaftaran, lesen atau permit yang diketahuinya telah diubah, dipalsukan, dicacatkan atau dirosakkan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.