Seksyen 70
Pelan gerak balas kecemasan dan bantuan daripada pelbagai agensi semasa kecemasan
of Akta Peranti Perubatan 2012
Pihak Berkuasa boleh menghendaki, sebagai sebahagian daripada proses untuk mengeluarkan lesen atau permit peranti perubatan yang ditetapkan, atau selainnya, mana-mana orang supaya menyediakan langkah-langkah perlu untuk diambil sekiranya berlaku suatu kecemasan bagi perlindungan orang awam daripada bahaya atau kerosakan yang disebabkan oleh sesuatu peranti perubatan.
(2)
Pihak Berkuasa hendaklah menghantar pelan gerak balas kecemasan yang dikemukakan di bawah subseksyen (1) kepada semua agensi yang berkaitan untuk tindakan mereka yang perlu.
(3)
Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan yang melibatkan mana-mana peranti perubatan, Pihak Berkuasa boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada agensi-agensi yang berkaitan dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan termasuk langkah-langkah yang terdapat dalam pelan gerak balas kecemasan itu.
(4)
Apa-apa kos yang ditanggung oleh mana-mana agensi dalam melaksanakan apa-apa langkah kecemasan hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen atau pemegang permit peranti perubatan yang ditetapkan.
(5)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh melepaskan atau disifatkan sebagai melepaskan pemegang lesen atau pemegang permit peranti perubatan yang ditetapkan daripada apa-apa obligasinya untuk mengambil segala langkah yang perlu sekiranya berlaku apa-apa kecemasan.