Medical Device Act 2012 · Updated to 1 Mar 2017 · Bahagian VI
80. Kecualian dan peralihan
Feedback & supportSeseorang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, telah mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran peranti perubatan hendaklah, dalam tempoh dua puluh empat bulan dari tarikh yang ditetapkan, memohon bagi pendaftaran peranti perubatan itu di bawah seksyen 6.
Seseorang yang, sebelum tarikh yang ditetapkan, telah mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran peranti perubatan dan berniat untuk terus mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran peranti perubatan sedemikian hendaklah, dalam tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan, memohon lesen establismen di bawah seksyen 16.
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 737
Seseorang yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) boleh terus mengimport, mengeksport atau meletakkan dalam pasaran peranti perubatan sementara menunggu keputusan permohonannya bagi pendaftaran sesuatu peranti perubatan atau bagi lesen establismen, mengikut mana-mana yang berkenaan
59
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
―TIADA―
60
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa yang meminda
Berkuat kuasa dari
―TIADA―