Seksyen 71
Pengkompaunan kesalahan
of Akta Peranti Perubatan 2012
Pihak Berkuasa boleh, dengan keizinan Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini dan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dengan membuat suatu
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 737
tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Pihak Berkuasa suatu amaun yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
(2)
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(3)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
(4)
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran mengkompaun kesalahan itu dibuat.