Skip to content

Seksyen 77

Kuasa untuk mengecualikan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 77 of 80
Seksyen 77
(1)

Menteri boleh, jika didapatinya selaras dengan maksud Akta ini atau demi kepentingan kesihatan dan keselamatan awam, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang atau peranti perubatan daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Menteri dan Menteri boleh mengubah atau menambah syarat-syarat yang ditentukan sedemikian.

(2)

Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi diperlukan.