Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English

Bahagian II · Kumpulan Wang Amanah Negara dan Tadbir Urusnya

10. Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Meterai perbadanan Kumpulan Wang Amanah Negara

(Diperbadankan) hendaklah mempunyai suatu peranti yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukarkan, diubah dan dibuatkan baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.

(2)

Meterai perbadanan Kumpulan Wang Amanah Negara

(Diperbadankan) hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Pengerusi atau oleh mana-mana orang lain yang diberi kuasa secara bertulis oleh

Lembaga.

(3)

Semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Kumpulan Wang

Amanah Negara (Diperbadankan) dan ditentusahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.

(4)

Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan oleh seorang anggota Lembaga atau mana-mana pegawai atau pekhidmat

Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) yang diberi kuasa bagi maksud itu.

(5)

Meterai perbadanan Kumpulan Wang Amanah Negara

(Diperbadankan) hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Kumpulan Wang Amanah Negara 13

Report

Bahagian III

Penggunaan Kumpulan Wang

Bahagian IV

Pelaburan Kumpulan Wang

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan