Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Kumpulan Wang Amanah Negara dan Tadbir Urusnya
18. Mesyuarat Lembaga
Feedback & supportPada mana-mana mesyuarat Lembaga, tiga orang anggota hendaklah membentuk suatu korum dan Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
Walau apa pun subseksyen (1), semasa ketiadaan Pengerusi pada mana-mana mesyuarat Lembaga, seorang anggota yang dilantik oleh anggota yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu, dan boleh menjalankan kuasa Pengerusi.
Suatu keputusan Lembaga hendaklah dibuat melalui undi majoriti biasa anggota yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat itu.
Jika mengenai apa-apa persoalan yang hendak ditentukan oleh
Lembaga terdapat undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Tertakluk pada Akta ini, Lembaga boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dalam mesyuarat.
Kumpulan Wang Amanah Negara 17