Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Kumpulan Wang Amanah Negara dan Tadbir Urusnya
23. Pemakaian Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
Feedback & supportAkta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Lembaga, anggota Lembaga, jawatankuasa, anggota jawatankuasa, mana-mana pegawai, mana-mana pekhidmat atau mana-mana orang lain yang bertindak di bawah arahan
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dengan suci hati atau apa-apa peninggalan olehnya dengan suci hati atas sifat sedemikian.