Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Kumpulan Wang Amanah Negara dan Tadbir Urusnya
8. Penubuhan Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan)
Feedback & supportSuatu pertubuhan perbadanan yang dinamakan “Kumpulan
Wang Amanah Negara (Diperbadankan)” ditubuhkan.
Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk pada dan bagi maksud Akta ini, Kumpulan Wang
Amanah Negara (Diperbadankan) boleh, atas apa-apa terma yang difikirkan patut olehnya—
membuat kontrak;
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati tiap-tiap jenis harta alih dan tak alih; dan
memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Kumpulan Wang Amanah Negara
(Diperbadankan).