Seksyen 12
Kewajipan dan kuasa Lembaga
of Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026
Lembaga hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa yang berikut:
(a)
untuk bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan
Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan) dan pelaburan Kumpulan Wang;
(b)
untuk melaburkan wang dalam Kumpulan Wang bagi memaksimumkan pulangan terlaras risiko jangka masa panjang atas dasar berhemat dan komersial dan dengan mengikut cara yang tidak memburukkan reputasi global
Malaysia;
(c)
untuk merangka dan mengemukakan Perumpukan Aset
Strategik kepada Menteri untuk kelulusan;
(d)
untuk merangka dasar pelaburan termasuk penanda aras dan standard untuk menilai prestasi dan pengurusan risiko pelaburan, dan untuk memantau pematuhan kepada dasar itu; dan
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 885
(e)
untuk menjalankan segala aktiviti dan melakukan segala perkara yang perlu atau memberi faedah dan sesuai bagi pentadbiran Akta ini, atau bagi apa-apa maksud lain yang selaras dengan Akta ini sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.
(2)
Lembaga boleh, secara bertulis, mewakilkan kuasanya yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan Kumpulan Wang
Amanah Negara (Diperbadankan) kepada mana-mana orang yang diluluskan oleh Menteri.
(3)
Sesuatu pewakilan kuasa di bawah subseksyen (2) tidaklah menghalang Lembaga sendiri daripada menjalankan apa-apa kuasa yang diwakilkan itu pada bila-bila masa.
(4)
Lembaga boleh—
(a)
melantik wakil atau ejen dan penasihat teknikal termasuk aktuari, peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham atau mana-mana pakar atau profesional lain untuk membuat apa-apa urusan atau melakukan apa-apa tindakan yang dikehendaki dibuat atau dilakukan dalam pelaksanaan kewajipannya dan penjalanan kuasanya atau bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik; dan
(b)
membayar daripada Kumpulan Wang segala caj dan perbelanjaan yang dilakukan.
(5)
Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantu dalam pelaksanaan kewajipannya dan penjalanan kuasanya di bawah
Akta ini.
(6)
Lembaga hendaklah, pada setiap masa, melaksanakan kewajipannya dan menjalankan kuasanya dengan suci hati demi kepentingan Kumpulan Wang.
(7)
Lembaga boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini bagi menjalankan kewajipan dan kuasanya atau bagi memberikan kuat kuasa sepenuhnya mana-mana peruntukan Akta ini.
Kumpulan Wang Amanah Negara 15