Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Kumpulan Wang Amanah Negara dan Tadbir Urusnya
5. Sumbangan kepada Kumpulan Wang oleh sumber lain
Feedback & supportHendaklah dibayar dari semasa ke semasa ke dalam Kumpulan
Wang—
(a)
apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana-mana
Kerajaan Negeri di Malaysia yang mendapat apa-apa bentuk royalti daripada pengeksploitasian petroleum atau sumber menyusut yang lain;
(b)
segala wang daripada apa-apa pelaburan Kumpulan Wang;
Undang-Undang Malaysia 10
(c)
segala pemberian, derma, derma kekal, hadiah, sumbangan dan bekues yang boleh dibuat kepada atau bagi faedah
Kumpulan Wang; dan
(d)
apa-apa sumbangan sebagaimana yang dibuat oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa yang perniagaannya termasuklah penyelidikan atau pembangunan sesuatu sumber menyusut.