Seksyen 19
Penzahiran kepentingan
of Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026
Seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mempunyai sendiri, melalui pasangannya atau anaknya, apa-apa kepentingan dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga atau jawatankuasa hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan selepas hakikat itu sampai ke pengetahuan anggota itu, menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya kepada Lembaga atau jawatankuasa.
(2)
Suatu penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan dan, selepas penzahiran itu, anggota itu—
(a)
tidak boleh hadir atau mengambil bahagian dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa yang berhubungan dengan perkara itu; dan
(b)
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk korum Lembaga atau jawatankuasa itu apabila perkara itu dibincangkan atau diputuskan.
(3)
Mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa yang tidak menzahirkan kepentingannya sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(4)
Tiada keputusan, tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau jawatankuasa telah melanggar seksyen ini.