Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 2026 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Kumpulan Wang Amanah Negara dan Tadbir Urusnya
20. Ketua Pegawai Eksekutif
Feedback & supportTertakluk pada kelulusan Menteri, Lembaga boleh melantik seorang Ketua Pegawai Eksekutif atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Ketua Pegawai Eksekutif—
ialah pegawai Kumpulan Wang Amanah Negara
(Diperbadankan);
Undang-Undang Malaysia 18
hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan dan kuasa yang dikenakan atau diberikan kepadanya oleh Akta ini atau sebagaimana yang dikenakan atau diberikan oleh Lembaga dari semasa ke semasa sebagai tambahan kepada apa-apa kewajipan dan kuasa sebagaimana yang dinyatakan dalam kontrak pelantikannya; dan
hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan hal ehwal hari ke hari Kumpulan Wang
Amanah Negara (Diperbadankan), termasuk pelaksanaan keputusan yang dibuat oleh Lembaga di bawah Akta ini dan kawalan pentadbiran pegawai dan pekhidmat
Kumpulan Wang Amanah Negara (Diperbadankan).
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah bertanggungan kepada
Lembaga bagi pelaksanaan kewajipannya dan penjalanan kuasanya.
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dibayar saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri.