Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian VI · Kewajipan Am dan Hak Pekerja
26A. Hak pekerja
Feedback & supportSeseorang pekerja, selepas memberitahu majikannya atau wakilnya bahawa dia mempunyai justifikasi yang munasabah untuk mempercayai terdapat suatu bahaya hampir pasti berlaku di tempat kerjanya, hendaklah mempunyai hak untuk mengeluarkan dirinya daripada bahaya atau kerja itu jika majikan itu gagal untuk mengambil apa-apa tindakan untuk menghapuskan bahaya itu.
Seseorang pekerja yang mengeluarkan dirinya daripada bahaya mengikut subseksyen (1) hendaklah dilindungi daripada akibat tidak wajar dan tidak boleh didiskriminasikan.
Bagi maksud seksyen ini, “bahaya hampir pasti berlaku” ertinya suatu risiko kematian yang serius atau kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang yang disebabkan oleh mana-mana loji, bahan, keadaan, aktiviti, proses, amalan, tatacara atau bahaya tempat kerja.