Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 · Updated to 1 Jun 2024 · Bahagian VI · Kewajipan Am dan Hak Pekerja
27. Diskriminasi terhadap pekerja, dsb
Feedback & supportTiada majikan boleh memecat seseorang pekerja, mencederakannya dalam pekerjaannya atau mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya semata-mata oleh sebab pekerja itu—
membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan;
38
Undang-Undang Malaysia
adalah anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan menurut Akta ini;
menjalankan mana-mana fungsinya sebagai anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu.; atau
telah membantu pegawai atau pengapit dalam mana-mana siasatan dalam menjalankan apa-apa pemeriksaan atau penyiasatan di bawah Akta ini.
Tiada kesatuan sekerja boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas mana-mana anggotanya yang, sebagai seorang pekerja di sesuatu tempat kerja—
membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan;
adalah anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan yang ditubuhkan menurut Akta ini; atau
menjalankan mana-mana fungsinya sebagai anggota jawatankuasa keselamatan dan kesihatan itu.
Seseorang majikan atau kesatuan sekerja yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi *satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini Mahkamah boleh, sebagai tambahan kepada penalti yang dikenakan ke atas pesalah, membuat salah satu atau kedua-dua perintah yang berikut:
suatu perintah supaya pesalah itu membayar dalam tempoh tertentu kepada orang yang telah didiskriminasikan oleh
*CATATAN—Dahulunya “sepuluh ribu”-lihat perenggan 24(b) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (Pindaan) 2022 [Akta A1648].
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 39
pesalah itu apa-apa ganti rugi yang difikirkannya sesuai sebagai pampasan bagi orang itu;
suatu perintah supaya pekerja itu dikembalikan atau diambil bekerja semula pada jawatannya yang dahulu atau, jika jawatan itu tidak ada, pada jawatan yang serupa.
BAHAGIAN VIA
PEMBERITAHUAN MENDUDUKI TEMPAT KERJA, PEMASANGAN
DAN PEMERIKSAAN LOJI, DSB.