Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2024Read it in English

Bahagian VI · Kewajipan Am dan Hak Pekerja

27D. Perakuan kelayakan

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan untuk dikendalikan mana-mana loji yang telah dipasang di bawah seksyen 27C melainkan jika loji itu mempunyai suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan oleh seorang pegawai atau orang berlesen.

(2)

Apabila loji yang ditetapkan telah dipasang di bawah seksyen 27C, orang itu hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis ke atas seorang pegawai atau orang berlesen yang, selepas menerima notis itu, hendaklah membuat pemeriksaan ke atas loji itu.

(3)

Jika, apabila pemeriksaan, pegawai atau orang berlesen itu mendapati loji itu—

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 41

(a)

mematuhi semua kehendak yang ditetapkan oleh Menteri berkenaan dengan loji itu, pegawai atau orang berlesen itu hendaklah mengeluarkan suatu perakuan kelayakan selepas pembayaran apa-apa fi oleh orang itu sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri; atau

(b)

tidak mematuhi mana-mana kehendak yang ditetapkan oleh

Menteri berkenaan dengan loji itu, orang itu hendaklah membayar kepada pegawai atau orang berlesen itu apa-apa fi yang ditetapkan oleh Menteri bagi perkhidmatan yang diberikan walaupun tiada perakuan kelayakan dikeluarkan.

(4)

Suatu perakuan kelayakan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (3) hendaklah dalam apa-apa bentuk dan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat, dan hendaklah sah bagi apa-apa tempoh, sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.

(5)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

(6)

Dalam hal apa-apa pelanggaran subseksyen (1), seseorang pegawai hendaklah dengan serta-merta menyampaikan kepada orang yang mengendalikan atau menyebabkan atau membenarkan untuk dikendalikan loji suatu notis bertulis yang melarang pengendalian loji itu atau boleh menyebabkan loji itu tidak boleh dikendalikan sehingga suatu perakuan kelayakan dikeluarkan.

(7)

Seseorang yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(8)

Suatu perakuan kelayakan berkenaan dengan apa-apa loji yang sedang dibuka atau dibaiki atau rosak atas apa-apa sebab hendaklah tamat apabila loji itu dibuka, dibaiki atau rosak, tetapi Ketua Pengarah boleh mengecualikan mana-mana loji daripada pemakaian subseksyen

42

Undang-Undang Malaysia ini jika pada pendapatnya loji itu tidak akan menyebabkan apa-apa bahaya kepada mana-mana orang atau harta.

(9)

Bagi maksud subseksyen (8)—

(a)

“rosak” ertinya apa-apa kecacatan fizikal yang terjadi kepada mana-mana loji semasa pengendalian atau selainnya yang boleh menjejaskan kekuatan dan integriti loji itu semasa pengendalian berikutnya;

(b)

“dibuka” ertinya untuk membuka mana-mana bahagian mana-mana loji yang boleh menjejaskan kekuatan, integriti atau keupayaan fungsian loji itu;

(c)

“dibaiki” ertinya apa-apa kerja yang dilakukan untuk membaik pulih mana-mana bahagian mana-mana loji yang telah rosak.

Report

Bahagian VII

Organisasi Keselamatan dan Kesihatan

Bahagian VIII

Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan, dan Siasatan

Bahagian IX

Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan

Bahagian X

Tataamalan Industri

Bahagian XI

Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian XII

Liabiliti bagi Kesalahan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Peraturan-Peraturan

Bahagian XV

Pelbagai

Schedules