Skip to content

Seksyen 58

Senarai benda yang disita

of Akta Keselamatan dalam Talian 2025

ActIn forceProvision 58 of 82
Seksyen 58
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan disita menurut Akta ini, pegawai diberi kuasa yang menyita—

(a)

hendaklah menyediakan—

(i)

suatu senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita itu dan hendaklah menandatangani senarai itu; dan

(ii)

suatu notis secara bertulis mengenai penyitaan itu yang mengandungi alasan bagi penyitaan dan hendaklah menandatangani notis itu; dan

Keselamatan dalam Talian 53

(b)

hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, menyampaikan suatu salinan senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita dan notis secara bertulis mengenai penyitaan itu kepada penghuni premis yang telah digeledah itu, atau kepada ejen atau pekhidmatnya di dalam premis itu.

(2)

Notis secara bertulis mengenai penyitaan itu tidak dikehendaki untuk disampaikan menurut perenggan (1)(b) jika penyitaan itu dibuat dengan kehadiran orang yang terhadapnya prosiding di bawah Akta ini dicadangkan untuk diambil, atau dengan kehadiran pemunya harta itu atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3)

Jika premis itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa hendaklah menampal suatu salinan senarai buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.