Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian VIII · Penguatkuasaan
64. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
Feedback & support(1)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang membuat suatu penyiasatan di bawah Akta ini boleh, melalui perintah secara bertulis, menghendaki supaya hadir di hadapannya seseorang yang pada hemat pegawai diberi kuasa itu tahu tentang hal keadaan kes itu, dan orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki sedemikian.
(2)
Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk memastikan kehadiran orang itu.