Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian VIII · Penguatkuasaan
63. Kuasa tambahan
Feedback & supportSeseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan semua atau mana-mana yang berikut:
menghendaki pengemukaan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disimpan oleh pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen, pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan berlesen atau pemberi perkhidmatan rangkaian berlesen, atau mana-mana orang lain dan untuk memeriksa, meneliti dan untuk memuat turun, membuat salinan atau untuk mengambil cabutan daripadanya;
menghendaki pengemukaan mana-mana dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana kes atau kesalahan di bawah Akta ini; dan
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Keselamatan dalam Talian 57