Akta Keselamatan dalam Talian 2025 · Updated to 22 May 2025 · Bahagian VIII · Penguatkuasaan
60. Pemeliharaan data komunikasi
Feedback & supportJika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa—
data komunikasi adalah semunasabahnya dikehendaki bagi maksud suatu penyiasatan; dan
terdapat risiko bahawa data komunikasi itu mungkin dimusnahkan atau menjadi tidak dapat diakses, pegawai diberi kuasa boleh, dengan notis secara bertulis yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kawalan terhadap sistem komunikasi, menghendaki orang itu memastikan data komunikasi yang dinyatakan dalam notis itu dipelihara bagi tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis secara bertulis itu.
Orang yang kepadanya diberikan notis secara bertulis di bawah subseksyen (1)—
hendaklah memelihara data komunikasi yang dinyatakan dalam notis itu bagi tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan
tidak boleh menzahirkan kewujudan dan kandungan notis itu, tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan pemeliharaan data komunikasi di bawah subseksyen (1) tanpa kebenaran yang sah.
Keselamatan dalam Talian 55
Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.