Skip to content

Seksyen 59

Pelepasan benda yang disita

of Akta Keselamatan dalam Talian 2025

ActIn forceProvision 59 of 82
Seksyen 59
(1)

Jika apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan telah disita di bawah

Akta ini, pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu boleh, selepas merujuk kepada Pendakwa Raya, melepaskan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan yang disita kepada orang sebagaimana yang ditentukan olehnya sebagai berhak secara sah kepada buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu jika dia berpuas hati bahawa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu tidak boleh dilucuthakkan di bawah Akta ini dan tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, atau bagi maksud pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang lain, dan dalam hal sedemikian pegawai yang membuat penyitaan itu, atau Kerajaan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan, tidak boleh dikenakan apa-apa

Undang-Undang Malaysia 54

Akta 866

prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan dan pelepasan buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan itu telah dibuat dengan suci hati.

(2)

Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai yang membuat pelepasan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, kemudahan, radas, kelengkapan, peranti, benda atau bahan di bawah subseksyen (1) yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu, dan dia hendaklah menghantar suatu salinan rekod itu kepada Pendakwa Raya dalam tempoh tujuh hari daripada pelepasan itu.