Skip to content

Seksyen 61

Penzahiran data komunikasi yang disimpan

of Akta Keselamatan dalam Talian 2025

ActIn forceProvision 61 of 82
Seksyen 61
(1)

Jika seseorang pegawai diberi kuasa berpuas hati bahawa mana-mana data komunikasi adalah semunasabahnya dikehendaki bagi maksud suatu penyiasatan tentang suatu kesalahan di bawah

Akta ini, pegawai diberi kuasa itu boleh, melalui notis secara bertulis yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai kawalan terhadap sistem komunikasi, menghendaki orang itu untuk menzahirkan data komunikasi itu mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis.

(2)

Orang yang kepadanya notis secara bertulis diberikan di bawah subseksyen (1)—

(a)

hendaklah menzahirkan data komunikasi itu mengikut cara sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu; dan

(b)

tidak boleh menzahirkan kewujudan dan kandungan notis bertulis itu, tatacara, kaedah, cara atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan penzahiran data komunikasi di bawah subseksyen (1) tanpa kuasa yang sah.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit dan boleh didenda selanjutnya tidak melebihi satu ratus ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Halangan