Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian XV · Pelbagai

79A. Kuasa Pendaftar untuk meminda paten

Feedback & support
(1)

Pendaftar boleh, atas permintaan pemunya sesuatu paten yang dibuat mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, meminda perihalan, tuntutan atau tuntutan-tuntutan, atau lukisan, paten itu, atau meminda apa-apa dokumen lain yang berkaitan dengan paten itu, bagi maksud membetulkan salah tulis atau kesalahan ketara atau atas apa-apa sebab lain yang dapat diterima oleh Pendaftar.

(1A)

Jika Pendaftar mendapati bahawa permintaan bagi pindaan paten di bawah subseksyen (1) menghendaki seorang Pemeriksa untuk memeriksa semula paten itu, pemunya paten hendaklah memfailkan suatu permintaan pemeriksaan semula dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

(1B)

Walau apa pun subseksyen (1A), pemohon boleh atas kerelaannya sendiri, membuat permintaan bagi pemeriksaan semula paten dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Pendaftar tidak boleh membuat pindaan di bawah seksyen ini jika pindaan itu akan mengakibatkan terzahirnya sesuatu perkara yang melebihi apa yang telah dizahirkan sebelum pindaan itu atau jika pindaan itu akan mengakibatkan perluasan perlindungan yang diberikan pada masa paten itu diberikan.

Paten 91

*(3) Pendaftar tidak boleh membuat pindaan di bawah seksyen ini jika terdapat—

(a)

mana-mana prosiding yang dalamnya kesahan paten itu mungkin menjadi isu yang belum selesai di hadapan mana-mana mahkamah; atau

(b)

mana-mana prosiding bangkangan di bawah seksyen 55A yang belum selesai di hadapan Pendaftar.

(4)

Tiap-tiap permintaan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), tiada fi kena dibayar oleh pemunya paten berkenaan dengan sesuatu permintaan untuk membetulkan apa-apa kesalahan atau kesilapan dalam apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran Paten melainkan jika kesalahan atau kesilapan itu disebabkan atau turut disebabkan oleh pemunya itu.

Report