Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian XV · Pelbagai

83. Pelanjutan masa oleh sebab kesalahan di Pejabat Pendaftaran Paten

Feedback & support
(1)

Jika disebabkan oleh—

(a)

hal keadaan di luar kawalan orang yang berkenaan; atau

(b)

suatu kesalahan atau tindakan di pihak Pejabat Pendaftaran

Paten, suatu tindakan berhubung dengan permohonan bagi mendapatkan suatu paten atau dalam prosiding di bawah Akta ini, yang bukan prosiding dalam mana-mana mahkamah, yang dikehendaki dilakukan dalam masa yang tertentu telah tidak dilakukan sedemikian itu, maka

Pendaftar boleh melanjutkan masa untuk melakukan tindakan itu.

(2)

Masa yang dikehendaki bagi melakukan sesuatu tindakan boleh dilanjutkan di bawah seksyen ini walaupun masa itu telah tamat.

94 Undang-Undang Malaysia AKTA 291

Report