Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian XV · Pelbagai

88C. Penyampaian permohonan, perintah atau penghakiman kepada Pendaftar

Feedback & support
(1)

Suatu salinan tiap-tiap permohonan kepada Mahkamah yang berhubungan dengan permohonan paten atau paten dalam prosiding termasuk rayuan terhadap permohonan itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar oleh pihak dalam permohonan itu mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan.

(2)

Apabila salinan permohonan termasuk rayuan di bawah subseksyen (1) diterima, Pendaftar boleh mengubah status permohonan paten atau paten itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pendaftar, tertakluk pada syarat, arahan, perintah atau penghakiman mahkamah selanjutnya.

(3)

Apa-apa perintah atau penghakiman yang dibuat oleh mahkamah apabila selesai permohonan termasuk rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada Pendaftar mengikut cara yang ditetapkan bersama dengan pembayaran fi yang ditetapkan oleh pihak yang perintah atau penghakiman itu dibuat atau diberikan memihak kepadanya.

(4)

Apabila perintah atau penghakiman di bawah subseksyen (3)

diterima, Pendaftar hendaklah—

(a)

merekodkan perintah atau penghakiman mahkamah itu dalam Daftar; dan

(b)

menyebabkan perintah atau penghakiman itu disiarkan dalam

Jurnal Rasmi jika difikirkan perlu oleh Pendaftar.

Pendaftar tidak boleh dijadikan pihak dalam prosiding tertentu

Report