Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian XV · Pelbagai

87. Peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

(2)

Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukan bagi kesemua atau mana-mana daripada yang berikut:

(a)

bagi mengawal selia tatacara yang akan diikuti berkaitan dengan apa-apa prosiding atau perkara lain di hadapan

Pendaftar atau Pejabat Pendaftaran Paten di bawah Akta ini termasuklah penyampaian dokumen;

(b)

bagi mengelaskan barang termasuklah cara dan proses bagi maksud pendaftaran paten;

(c)

bagi membuat atau menghendaki penduaan paten atau dokumen lain;

(d)

bagi menjaga dan mengawal selia penyiaran, penjualan atau pembahagian salinan paten dan dokumen lain mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Menteri;

(e)

bagi menetapkan fi yang kena dibayar untuk permohonan bagi mendapatkan paten dan fi lain yang kena dibayar bagi perkara-perkara lain yang ditetapkan di bawah Akta ini;

(f)

bagi menetapkan buku, daftar, dokumen dan perkara lain yang akan digunakan di bawah Akta ini;

(fa)

bagi menetapkan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan;

100 Undang-Undang Malaysia AKTA 291

(fb)

bagi mengawal selia pemfailan atau pengeluaran dokumen melalui cara elektronik;

(fc)

bagi mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan ejen paten;

(g)

bagi mengawal selia secara amnya perkara berhubungan dengan urusan paten yang dijalankan di Pejabat Pendaftaran

Paten sama ada atau tidak ditetapkan dengan khususnya di bawah Akta ini.

Report