Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2023Read it in English

Bahagian XV · Pelbagai

82. Pelanjutan masa

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen 17B(4A), subseksyen 26B(1B), subseksyen 27(1A), subseksyen 28(6), subseksyen 29A(8) dan subseksyen 30(4), jika, melalui Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, suatu masa ditetapkan bilamana sesuatu tindakan atau perkara itu hendak dilakukan, Pendaftar, melainkan jika selainnya diarahkan dengan nyata oleh mana-mana mahkamah, boleh melanjutkan masa itu sama ada sebelum atau selepas habis tempohnya, apabila dibayar fi yang ditetapkan.

(2)

Permintaan bagi pelanjutan masa selepas habis tempoh bagi tempoh yang ditetapkan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Report