Seksyen 29
of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972
Seksyen 29
Apabila mana-mana orang dalam hal keadaan yang menimbulkan syak menawarkan untuk memajakgadaikan apa-apa barang atau menebus apa-apa sandaran atau apabila mana-mana menawarkan untuk memajakgadaikan apa-apa barang atau menebus apa-apa sandaran yang bersamaan dengan perihal yang diberikan kepada seseorang pemegang pajak gadai oleh mana-mana pegawai polis mengenai apa-apa barang yang telah hilang atau yang telah dilupuskan atau diperoleh dengan fraud atau dengan curang, pemegang pajak gadai itu hendaklah menyiasat daripada orang itu bagaimana dia telah memiliki barang atau surat pajak gadai itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan jika orang itu tidak memberikan penjelasan yang memuaskan tentang bagaimana dia telah memilikinya atau memberikan maklumat palsu tentang pemilikannya itu atau tentang nama dan tempat tinggal bagi dirinya, atau bagi pemunya barang atau surat pajak gadai itu, atau jika ada apa-apa sebab lain bagi mengesyaki sesuatu urusan berkenaan dengan barang atau surat pajak gadai itu sebagai curang, pemegang pajak gadai itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan urusan yang dicadangkan itu kepada balai polis yang paling hampir.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.