Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Mencegah Urusan yang Menyalahi
34F. Penyitaan harta alih
Feedback & supportSemasa menjalankan penyiasatan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, seseorang Inspektor atau pegawai polis boleh menyita apa-apa harta alih yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mengesyaki merupakan hal perkara suatu kesalahan di bawah Akta ini atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Penghuni tempat yang digeledah, atau mana-mana orang bagi pihaknya, hendaklah pada setiap masa dibenarkan untuk hadir semasa penggeledahan itu dan suatu senarai kesemua harta alih yang disita menurut subseksyen (1) dan tempat harta itu masing-masing dijumpai hendaklah disediakan oleh Inspektor atau pegawai polis yang melaksanakan penyitaan itu dan ditandatangani olehnya.
Suatu salinan senarai yang disebut dalam subseksyen (2)
hendaklah disampaikan kepadanya pemunya harta itu atau kepada orang yang daripadanya harta itu telah disita dengan seberapa segera yang boleh dan hendaklah ditandatangani oleh pemunya atau orang itu.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 81 38