Skip to content

Seksyen 34H

Pelepasan harta yang disita

of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972

ActIn forceProvision 57 of 84
Seksyen 34H
(1)

Jika mana-mana harta telah disita di bawah Akta ini, seseorang Inspektor atau pegawai polis yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai polis yang menjalankan penyitaan itu boleh, jika tiada pendakwaan bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, atau apabila selesai prosiding bagi kesalahan sedemikian, atau jika harta itu tidak dikehendaki selainnya bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini, melepaskan harta itu kepada pemunyanya, atau kepada orang yang daripada milik, jagaan atau kawalannya harta itu disita, atau kepada mana-mana orang yang mungkin berhak kepada harta itu, dan dalam hal yang demikian pegawai yang melaksanakan penyitaan, Kerajaan, atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Kerajaan, tidak boleh dikenakan apa-apa prosiding oleh mana-mana orang jika penyitaan harta itu dan pelepasan harta itu telah dilaksanakan dengan suci hati.

(2)

Suatu catatan bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai yang melaksanakan apa-apa pelepasan harta di bawah subseksyen (1)

berkenaan dengan pelepasan sedemikian dengan menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan sedemikian.