Seksyen 34G
Peruntukan lanjut yang berhubungan dengan penyitaan harta alih
of Akta Pemegang Pajak Gadai 1972
Jika mana-mana harta alih disita di bawah Akta ini, penyitaan itu hendaklah dilaksanakan dengan memindahkan harta alih itu daripada milik, jagaan atau kawalan orang yang daripadanya harta alih itu disita dan meletakkannya di bawah jagaan mana-mana orang atau pihak berkuasa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Inspektor atau pegawai polis itu.
(2)
Jika tidak praktik, atau selainnya tidak wajar, untuk melaksanakan pemindahan mana-mana harta di bawah subseksyen
(1)
, Inspektor atau pegawai polis itu boleh meninggalkannya di premis tempat harta itu disita di bawah jagaan mana-mana orang yang ditentukan olehnya bagi maksud itu.