Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Mencegah Urusan yang Menyalahi
34B. Kuasa Inspektor atau pegawai polis semasa penyiasatan
Feedback & supportTiap-tiap Inspektor atau pegawai polis yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah mempunyai kuasa untuk menghendaki maklumat, sama ada secara lisan atau bertulis, daripada orang yang mengetahui atau yang dijangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes yang sedang disiasat.
Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh Inspektor atau pegawai polis supaya memberikan maklumat di bawah seksyen ini, enggan mematuhi kehendak sedemikian atau mengemukakan sebagai benar mana-mana maklumat yang dia tahu atau mempunyai sebab untuk dipercayai sebagai palsu melalukan suatu kesalahan.
Pemegang Pajak Gadai 33
Jika apa-apa maklumat yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang Inspektor atau pegawai polis terbukti tidak benar atau tidak betul keseluruhannya atau sebahagiannya, tidaklah menjadi pembelaan untuknya mengatakan bahawa maklumat itu atau mana-mana bahagian maklumat itu telah disalahtafsirkan, atau diberikan dengan tidak sengaja atau tanpa niat jenayah atau fraud.