Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Bahagian IV · Mencegah Urusan yang Menyalahi

31. Harta curi

Feedback & support
(1)

Maklumat mengenai harta yang telah hilang, kena curi atau selainnya dilupuskan dengan fraud hendaklah diberikan oleh polis kepada pemegang lesen dengan seberapa segera yang boleh selepas kehilangan atau fraud itu dilaporkan, bersama dengan senarai dan perihalnya.

Pemegang Pajak Gadai 31

(2)

Jika mana-mana harta yang menepati senarai dan perihal itu ada dalam milik mana-mana pemegang pajak gadai atau kemudiannya ditawarkan atau ditunjukkan kepada mana-mana pemegang pajak gadai, dia hendaklah tanpa kelengahan yang tidak perlu memberikan maklumat mengenainya di balai polis yang paling hampir atau kepada mana-mana pegawai polis, bersama dengan nama dan alamat orang yang dalam miliknya ada ternampak harta itu.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian V

Bahagian VI

Penalti dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Schedules