Pawnbrokers Act 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Mencegah Urusan yang Menyalahi
34O. Peruntukan mengenai keterangan
Feedback & supportSalinan sesuatu lesen yang disahkan oleh Pendaftar sebagai salinan benar lesen itu, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan bagi semua maksud yang baginya salinan asal bagi salinan itu boleh diterima sekiranya salinan asal itu dikemukakan dan diterima sebagai keterangan, tanpa bukti tandatangan atau kuasa orang yang menandatangani lesen atau salinan lesen itu.
Apabila dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini adalah perlu untuk membuktikan bahawa seseorang merupakan atau bukan pemegang pajak gadai, perakuan yang berupa sebagai ditandatangani oleh Pendaftar dan memperakui bahawa orang itu merupakan atau bukan pemegang pajak gadai hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi bukti prima facie tentang fakta yang perakui dalam perakuan itu, tanpa bukti tandatangan atau kuasa Pendaftar untuk mengeluarkan perakuan itu.
Pemegang Pajak Gadai 45