Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan
14A. Perakuan peletakhakan gantian
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Perbadanan boleh mengeluarkan sesuatu perakuan peletakhakan yang baru untuk menggantikan mana-mana perakuan peletakhakan yang telah dikeluarkannya terdahulu untuk membetulkan apa-apa peninggalan atau kesilapan dalam perakuan peletakhakan itu.
Mana-mana perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) yang disempurnakan di bawah meterai
Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah terletak hak pada Perbadanan hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang peletakhakan itu mulai tarikh peletakhakan yang dinyatakan dalam perakuan peletakhakan gantian itu.
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 27
Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya sesuatu pindah milik apa-apa aset yang dinyatakan sebagai hal perkara sesuatu perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan atau difailkan, maka tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh perakuan peletakhakan gantian itu dikeluarkan.
Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan, penjual,
Pentadbir Khas atau mana-mana orang lain dengan bergantung pada suatu perakuan peletakhakan yang telah dikeluarkan terdahulu tidak terjejas oleh apa-apa peninggalan atau kesilapan yang telah dibetulkan dalam perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
Bagi maksud Akta ini, suatu sebutan mengenai suatu perakuan peletakhakan hendaklah disifatkan sebagai termasuk suatu sebutan mengenai suatu perakuan peletakhakan gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).
Bahagian VI
Pengurusan Aset dan Tanggungan
Bahagian VII
Hak Tambahan
Bahagian VIII
Pemakaian Akta Lain
Bahagian IX