Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan

17. Pendaftar yang lain hendaklah memberikan kuat kuasa kepada perakuan peletakhakan

(1)

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain, tiap-tiap Pendaftar Mahkamah Tinggi, Pendaftar Syarikat, Ketua

Pendaftar Kapal, depositori pusat, ejen depositori diberi kuasa, dan mana-mana orang yang menyenggarakan daftar atau rekod pemunyaan, kepentingan atau sekuriti, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, apabila diterima —

(a)

bayaran fi yang ditetapkan; dan 30 Undang-Undang Malaysia

(b)

borang yang berkenaan —

(i)

dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan

(ii)

yang menunjukkan identiti orang atau aset yang terlibat dalam peletakhakan itu, tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut, melaksanakan segala hal dan membuat segala catatan pada mana-mana daftar atau rekod yang disimpan oleh orang itu yang diperlukan untuk memberikan kuat kuasa kepada peletakhakan aset yang berhubungan dengan perakuan peletakhakan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, subseksyen 112A(1) Akta Syarikat 1965

hendaklah disifatkan terpakai bagi Perbadanan seolah-olah perkataan

“tiga puluh” dalam subseksyen itu telah digantikan dengan perkataan

“sembilan puluh”.

(3)

Pendaftar atau orang yang menyenggarakan daftar atau rekod yang disebut dalam seksyen 16 dan seksyen ini tidaklah bertanggungan terhadap mana-mana orang berkenaan dengan pembuatan apa-apa memorial pada dokumen hakmilik daftaran atau apa-apa catatan dalam daftar atau rekod yang bergantung pada perakuan peletakhakan itu.

Report

Bahagian VI

Pengurusan Aset dan Tanggungan

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules