Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan

19A. Perakuan pindah milik gantian

(1)

Perbadanan boleh mengeluarkan suatu perakuan pindah milik yang baru untuk menggantikan mana-mana perakuan pindah milik yang telah dikeluarkannya terdahulu untuk membetulkan apa-apa peninggalan atau kesilapan dalam perakuan pindah milik itu.

(2)

Mana-mana perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) yang disempurnakan di bawah meterai

Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah dipindahkan hakmiliknya kepada pemeroleh hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang pemindahan itu mulai tarikh pelupusan yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik gantian itu.

(3)

Jika mana-mana undang-undang menetapkan suatu tempoh masa yang dalamnya suatu pemindahan hakmilik mana-mana aset yang dinyatakan sebagai hal perkara suatu perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah didaftarkan atau difailkan, maka tempoh itu hendaklah bermula dari tarikh perakuan pindah milik gantian itu dikeluarkan.

(4)

Apa-apa tindakan yang dilakukan oleh Perbadanan, penjual,

Pentadbir Khas atau mana-mana orang lain dengan bergantung pada suatu perakuan pindah milik yang telah dikeluarkan terdahulu tidak terjejas oleh apa-apa peninggalan atau kesilapan yang telah dibetulkan dalam perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

(5)

Bagi maksud Akta ini, suatu sebutan mengenai suatu perakuan pindah milik hendaklah disifatkan termasuk suatu sebutan mengenai

Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 33

suatu perakuan pindah milik gantian yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1).

Report

Bahagian VI

Pengurusan Aset dan Tanggungan

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules