Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan

19. Pelupusan oleh Perbadanan

(1)

Perbadanan boleh, mengikut peruntukan seksyen ini, melupuskan apa-apa aset Perbadanan sama ada terletak hak atau tidak pada Perbadanan dan apa-apa harta yang Perbadanan mempunyai cagaran ke atasnya sama ada sebagai pemegang gadaian, pemegang gadai janji, pemegang serah hak, pemegang lien atau selainnya.

(2)

Tertakluk kepada kelulusan badan kawal selia dan Pihak

Berkuasa Negeri yang berkaitan yang mempunyai bidang kuasa atau pelupusan sesuatu aset oleh Perbadanan, apa-apa pelupusan kepada mana-mana pemeroleh hendaklah mempunyai kuat kuasa sebagai suatu pemerolehan aset oleh Perbadanan seolah-olah pemeroleh itu ialah Perbadanan di bawah seksyen 14 dan seksyen 15 hingga 18

hendaklah terpakai bagi pemeroleh itu sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Perbadanan kecuali bahawa —

(a)

sebutan tentang “penjual” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang Perbadanan;

(b)

sebutan tentang “Perbadanan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang pemeroleh itu;

(c)

sebutan tentang “perakuan peletakhakan” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang perakuan pindah milik;

dan

(d)

sebutan tentang

“tarikh peletakhakan”

hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan tentang tarikh yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik sebagai tarikh pelupusan.

(3)

Pelupusan aset oleh Perbadanan kepada pemeroleh hendaklah mempunyai kuat kuasa untuk memindahkan hak, hakmilik dan kepentingan masa sekarang dan masa hadapan Perbadanan mengenai aset itu dan kewajipan yang didedahkan yang berhubungan dengan aset itu pada, pada masa sekarang dan pada masa hadapan, bebas daripada apa-apa bebanan atau tuntutan kecuali kepentingan berdaftar yang ada pada tarikh yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik sebagai tarikh pelupusan dan tuntutan yang didedahkan.

(4)

Tertakluk kepada apa-apa kehendak untuk kelulusan bertulis badan kawal selia yang berkaitan atau Pihak Berkuasa Negeri yang berkaitan bagi pemindahan itu, suatu perakuan pindah milik yang

32 Undang-Undang Malaysia disempurnakan di bawah meterai Perbadanan yang menyatakan bahawa sesuatu aset telah terletak hak pada pemeroleh hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang pemindahan itu mulai tarikh yang dinyatakan dalam perakuan pindah milik itu sebagai tarikh pelupusan.

(5)

Sesuatu perakuan pindah milik yang dinyatakan dalam subseksyen (4) boleh dikeluarkan oleh Perbadanan selepas tarikh pelupusan.

Report

Bahagian VI

Pengurusan Aset dan Tanggungan

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules