Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan
16. Peruntukan tambahan berkenaan tanah
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun peruntukan Kanun Tanah Negara,
Ordinan Tanah Sabah, Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang lain, apa-apa kaveat atau perintah larangan yang telah didaftarkan, diendorskan atau dimasukkan sebelum, pada
28 Undang-Undang Malaysia atau selepas tarikh peletakhakan tidak boleh menghalang pindah milik apa-apa kepentingan mengenai tanah penjual kepada
Perbadanan.
Jika suatu perakuan peletakhakan meletakhakkan pada
Perbadanan apa-apa kepentingan mengenai tanah—
di Semenanjung Malaysia, apabila diterima—
bayaran fi yang ditetapkan; dan
borang yang berkenaan —
dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan
yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu,
Pendaftar di bawah Kanun Tanah Negara hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu;
di Sabah, apabila diterima —
bayaran fi yang ditetapkan; dan
borang yang berkenaan —
dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan
yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu,
Pendaftar di bawah Ordinan Tanah Sabah hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 29
apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu;
di Sarawak, apabila diterima —
bayaran fi yang ditetapkan; dan
borang yang berkenaan —
dengan perakuan peletakhakan dikepilkan bersama-samanya; dan
yang menunjukkan identiti orang dan butir-butir tanah yang terlibat dalam peletakhakan itu,
Pendaftar di bawah Ordinan Tanah Sarawak hendaklah tanpa memerlukan apa-apa permohonan lanjut atau pemfailan apa-apa dokumen lanjut membuat suatu memorial pada dokumen hakmilik daftaran dan membuat apa-apa catatan lain dan pada amnya melaksanakan segala hal yang diperlukan untuk menguatkuasakan peletakhakan itu.
Walau apa pun mana-mana peruntukan dalam Kanun Tanah
Negara, Ordinan Tanah Sabah, Kanun Tanah Sarawak atau mana-mana undang-undang yang lain, suatu perakuan peletakhakan hendaklah menjadi keterangan muktamad tentang peletakhakan sesuatu kepentingan mengenai tanah pada Perbadanan.
Bahagian VI
Pengurusan Aset dan Tanggungan
Bahagian VII
Hak Tambahan
Bahagian VIII
Pemakaian Akta Lain
Bahagian IX