Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang dihalang daripada membuat suatu tuntutan terhadap Perbadanan atau dihalang daripada membangkitkan suatu pembelaan terhadap Perbadanan di bawah seksyen 14, hendaklah berhak meminta pampasan daripada penjual berkenaan dengan tuntutan itu.
Jika Mahkamah berpuas hati bahawa orang yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai tuntutan terhadap penjual termasuk mana-mana kepentingan ekuiti terdahulu mengenai aset itu yang mungkin dapat dibangkitkan atau dituntut oleh orang itu tetapi dihalang oleh seksyen 14, orang itu hendaklah berhak mendapat pampasan daripada penjual berkenaan dengan tuntutan itu yang pada pendapat Mahkamah adalah adil dan munasabah.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX