Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian V · Pemerolehan dan Pelupusan Oleh Perbadanan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apa-apa pendedahan oleh penjual bagi maksud suatu penilaian, atau yang berhubungan dengan, suatu pemerolehan yang dicadangkan oleh Perbadanan dan apa-apa pendedahan oleh Perbadanan bagi apa-apa maksud tidaklah menjadikan penjual, Perbadanan atau mana-mana orang lain melanggar seksyen 97 Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau mana-mana undang-undang atau perjanjian lain yang melarang, menyekat atau mengawal selia pendedahan maklumat.
Jika penjual ialah seorang yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, penjual itu hendaklah disifatkan telah dibenarkan untuk mendedahkan maklumat yang berhubungan dengan hal ehwalnya atau hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada Perbadanan.
Apa-apa maklumat yang didedahkan oleh penjual atau
Perbadanan di bawah subseksyen (1) tidak boleh dikira sebagai maklumat yang tersedia menurut undang-undang bagi orang awam bagi maksud subseksyen 97(2) Akta Bank dan Institusi-Institusi
Kewangan 1989.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX