Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
Akta Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 1998 · Updated to 1 Feb 2013 · Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tanpa menjejaskan seksyen 36, 38 dan 39, Pentadbir Khas hendaklah, selepas pelantikannya, mengambil ke dalam jagaannya atau di bawah kawalannya kesemua aset yang kepadanya orang terjejas adalah berhak atau tampak berhak.
Pentadbir Khas hendaklah menguruskan aset dan hal ehwal orang terjejas—
pada bila-bila masa sebelum kelulusan cadangan oleh pemiutang bercagar orang terjejas itu di bawah
Pengurusan Danaharta Nasional Berhad 43
seksyen 46, mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Perbadanan; dan
pada bila-bila masa selepas kelulusan cadangan oleh pemiutang bercagar orang terjejas itu di bawah seksyen 46, mengikut cadangan itu sebagaimana yang boleh diubahsuaikan dari semasa ke semasa mengikut seksyen 48.
Mana-mana Pentadbir Khas yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bahagian VII
Bahagian VIII
Bahagian IX