Skip to content
In forceUpdated to 1 Feb 2013Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pengurusan Aset dan Tanggungan

33. Section 33

(1)

Tiada seorang pun, termasuk lembaga pengarah orang terjejas, selain Pentadbir Khas, boleh melaksanakan atau menjalankan atau berupa sebagai melaksanakan atau menjalankan atau berupa sebagai melaksanakan atau menjalankan sesuatu fungsi sebagai pegawai orang terjejas, kecuali dengan kelulusan terdahulu daripada

Pentadbir Khas.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1) Pentadbir Khas adalah berhak untuk menjalankan segala fungsi lembaga pengarah orang terjejas.

(3)

Dalam seksyen ini—

(a)

“pegawai”

berhubungan dengan orang terjejas termasuklah penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara dan pengarah; dan

(b)

seseorang pekerja orang terjejas tidak boleh ditafsirkan sebagai seorang pegawai semata-mata kerana dia ialah pekerja orang terjejas.

44 Undang-Undang Malaysia

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Hak Tambahan

Bahagian VIII

Pemakaian Akta Lain

Bahagian IX

Pemakaian Akta

Bahagian X

Schedules