Seksyen 43
Saman
of Akta Racun Makhluk Perosak 1974
ActIn forceProvision 46 of 66
Seksyen 43
(1)
Saman dalam suatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan tidak boleh dikembalikan kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian saman itu.
(2)
Hendaklah disampaikan bersama saman itu suatu salinan perakuan cerakinan seorang Ahli Cerakinan, jika ada, yang dicadangkan hendak dikemukakan sebagai keterangan oleh pihak pendakwa.