Skip to content

Seksyen 46

Tanggungan ejen, pekhidmat, prinsipal dan majikan

of Akta Racun Makhluk Perosak 1974

ActIn forceProvision 51 of 66
Seksyen 46
(1)

Jika seseorang melakukan suatu perbuatan yang menjadi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, dia bertanggungan bagi perbuatan itu sama ada dia membuatnya bagi dirinya sendiri atau sebagai seorang ejen atau pekhidmat seorang lain.

(2)

Jika perbuatan itu dilakukan oleh seorang ejen atau pekhidmat, prinsipalnya atau majikannya adalah bertanggungan bagi perbuatan itu seolah-olah prinsipal atau majikan itu telah melakukannya sendiri, melainkan jika dia membuktikan bahawa perbuatan itu telah dilakukan tanpa dipersetujui dan tanpa dibiarkan olehnya dan perbuatan itu tidak disebabkan oleh apa-apa keabaian pada pihaknya.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 149