Akta Racun Makhluk Perosak 1974 · Updated to 15 Mar 2023 · Bahagian IX · Prosiding
48. Kesalahan mengenai contoh disifatkan kesalahan mengenai keseluruhan umpukan
Feedback & supportJika, dalam sesuatu pendakwaan bagi suatu kesalahan terhadap
Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, kesalahan itu dibuktikan berkenaan dengan suatu contoh apa-apa bahan, kesalahan itu hendaklah disifatkan telah dibuktikan berkenaan dengan keseluruhan umpukan yang daripadanya contoh itu telah diambil atau diperoleh atau berkenaan dengan kesemua bahan itu yang dibeli, diambil atau diperoleh pada masa yang sama dengan contoh itu.