Akta Racun Makhluk Perosak 1974 · Updated to 15 Mar 2023 · Bahagian IX · Prosiding
45A. Label sebagai keterangan bahawa bahan ialah racun makhluk perosak
Feedback & supportBagi maksud suatu pendakwaan bagi suatu kesalahan terhadap
Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan berkenaan dengan suatu bahan yang terdapat dalam suatu bungkusan, label pada bungkusan itu yang memperihalkan bahan itu sebagai suatu racun makhluk perosak hendaklah menjadi keterangan prima facie bahawa bahan itu ialah racun makhluk perosak, melainkan jika dibuktikan akasnya.